MBCB peduli golongan kurang bernasib baik





Berita dan Foto : Ihsan Mercedes BenzClub Brunei





BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 28 Mac. - Pelbagai pihak tidak melepaskan peluang bagi mendapatkan ganjaran pahala pada bulan Ramadan dengan memeduli dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik di negara ini.


Tidak ketinggalan mengadakan aktiviti berkebajikan seumpamanya ialah Mercedes Benz Club Brunei (MBCB) dengan mengendalikan Infaq Ihsan Ramadan kepada beberapa orang yang terpilih di Daerah Brunei dan Muara.


Sumbangan diserahkan oleh Setiausaha Agung MBCB, Dayang Indahkesumawati binti Haji Shamsuddin kepada para penerima yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim pada majlis yang diadakan di kediaman masing-masing. Juga menyertai rombongan pada majlis penyerahan sumbangan ialah Presiden Mercedes Benz Club Brunei, Awang Mohammad Dazly bin Haji Mohamed Daud.


Tahun ini merupakan kali ke-3 MBCB mengungkayahkan Infaq Ihsan Ramadan khusus buat ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim dengan harapan semoga bantuan yang dihulurkan dapat membantu meringankan beban keluarga para penerima sumbangan dalam menyambut ketibaan bulan Syawal dan semoga amalan para penderma akan diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala.


Close